Adakah anda sedar bahawa
kebanyakan tuala wanita yang sering dipanggil sebagai PAD sahaja yang berada
di pasaran kini, biasanya dibuat dengan menggunakan kertas kitar semula
atau pelbagai bahan buangan seperti
kotak dan pulpa kayu. Didalam
semua bahan buangan inilah tersembunyinya bakteria atau kuman. Proses kitar
semula kertas ini pula memerlukan penggunaan bahan kimia KLORIN DAN DIOKSIN yang banyak bagi menghilangkan warna dan bau?
BAGAIMANA TUALA WANITA DIBUAT
Bagi pembuatan tuala wanita,
mula-mula setiap pulpa kayu direndam
didalam air bersama bahan kimia dan perwarna yang banyak. Kemudian pulpa
kayu itu digeser dan diberus serta dimasukkan
dengan udara untuk menggebukannya. Untuk penyerapan tambahan, ia mengandungi
rayon tambahan yang berasal daripada kayu . Serat didalam kayu dilarutkan
didalam larutan kaustik, dipancut kedalam jet haus didalam air berasid, dimana
campuran itu kemudian membeku dan mengering menjadi gentian lebih panjang.
Proses bahan kimia dilakukan termasuk "de-inking" bahan yang dikitar semula, membasuh dengan bahan pencuci dan meluntur. Ini mengakibatkan sesetengah bahan kimia yang digunakan akan kekal didalam tuala wanita yang siap diproses. Agen penyerap dan agen tahan basah seperti polysorbate dan urea formaldehid juga sering digunakan. Untuk menambahkan keputihan, pelunturan selanjutnya melibatkan klorin mungkin dilakukan.
Bahagian luar tuala wanita pula dibuat dari
bahan-bahan bukan. Untuk mencegah kebocoran, plastik bahagian bawah biasanya
dibuat daripada polythene. Bahagian belakang mengandungi 1 atau 2 jalur pelekat
yang diselaputidengan jalur kertas sebatian silikon. Fabrik yang menyalut tuala
wanita adalah bahan ringan seperti
polypropylene atau rayon. Ia kemudian dibungkus didalam bag plastik
dimana bungkusan itu juga mungkin dicetak dengan corak yang memerlukan proses
bahan kimia
No comments:
Post a Comment